surat-suratku!!!

Aku rindu Sayang KAMU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 19 January 2015

CARA MUDAH FAHAM BAHASA INGGERIS

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

hye. sekarang 3.10 minit pagi. saya tak dapat tidur. so saya pon ape lagi
tanya pakcik google tentang cara untuk faham english.

walaupun saya ni pelajar u, jujur saya cakap, saya tak pandai bahasa inggeris.
bagi saya, ia sangat susah. bila nak bersembang dengan orang, kite kena pandai bina ayat. dan saya sangat lemah tentang tu. 

so, apa lagi. saya pon geledah la satu blog ni.
pemilik blog ni nama paggilan cik maya, sangat banyak berkongsi ilmu dalam blog nya.
sehingga kan saya mula faham penggunaan setiap words. 

ini laman blog dya:
http://jombelajarenglish.blogspot.com/2011/02/havehas-hadhow-to-use-it-macam-mana-nak.html

sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa inggeris. saya syorkan untuk bertanya di dalam blog ini. insha ALLAH blog ini sangat membantu,

*bilalah aku nak pandai cakap omputih ni kan.... #sighhhh

<3 u guys

Wednesday, 14 January 2015

Degree vs Master

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA !!

bismillah hirrahmanirrahim.
rasa dah lama sangat tak tulis blog.
biasalah busy dengan assignment dan semua lah.. pening2.. haahahah

pada tahun 2010 aku telah diterima masuk di 
KOLEJ MARA KUALA NERANG. (KMKN).
pada mulanya, aku malas nak sambung blajar sebab aku mula kerja daripada umur aku 16 tahun.
orang dah biasa pegang duit, tau la jadi apa kan. 
tapi kerana aku seorang anak yang solehah la sangat, aku turutkan permintaan keluarga aku untuk aku terus sambung belajar.

penerimaan di KMKN bagi aku adalah menyusahkan kerana tempat yang jauh di pedalaman dan menyusahkan tapi ALHAMDULLILLAH, perancangan ALLAH adalah yang sebaiknya. aku tamat KMKN dengan jayanya. selepas itu, aku mendapat tawaran menyambungkan pengajian di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. masih di kedah. masih jauh daripada keluarga. 
(maybe ALLAH nak jodohkan aku dengan orang sini kot). hahahahahah

aku meneruskan pengajian aku dalam bidang IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT dengan (KEPUJIAN). sekarang aku berada dalam semester 7 dan bakal meneruskan pengajian di semester 8. pengalaman yang banyak mendewasakan aku. hidup di dunia yang sementara. berjumpa dengan ramai orang. praktikal dalam mendidik pendokong masa hadapan dunia. ya ALLAH, besar sungguh cabaran untuk menjadi seorang guru. 

aku bercita-cita untuk meneruskan pengajian di peringkat MASTER selepas tamat semester 8 tapi MAMPUKAH AKU?? ntah la.. takot sangat. aku ni blajar sekadar untuk mendapatkan pointer yang baik. jujur aku cakap, aku tak suka teknologi, boleh dikatakan aku ni buta teknologi. tapi ntah la.. ALLAH dah bagi aku bidang ni.. so teruskan jela. mungkin bukan sekarang, mungkin nanti.

doa dan nasihat daripada orang yang dekat dengan aku sangat aku perlukan. aku harap akan menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..

<3 u guys 

Tuesday, 27 May 2014

BAHAGIAKAH AKU MELIHAT KEBAHAGIAAN DIA??

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

dah berabuk blog ni... luahan perasaan yang tidak akan pernah habis..
pada ni genap 6 bulan 2 hari aku berpisah dengan orang yang aku sayang
Muhammad Yusuf. 

hubungan yang dibina selama setahun setengah terlerai jua akhirnya.
namun itu tidak membuatkan aku boleh melupakan dia terus.
kenangan, gambar dan lain2 lagi banyak memberikan impak pada diri ini.

langit tak selalunya cerah, begitu juga hari-hari aku.
hidup aku sejak akhir-akhir ni terkenangkan dia. 
kenapa erk??
dia buat apa kat aku sampai aku selalu rindukan dia.??

sejak kebelakangan ni aku slalu kene tocher ngan roomate aku
nenek LELE sebab dok stalk fb yusuf.
dia tanya knpa aku stalk, nanti aku sakit ati.

jawapan ape aku bagi aku pon tak tahu. yang aku bole bgtau aku rindukan hubungan kami yang dulu.
dia antara laki yang layan aku n hormat aku. lain sgt dengan yg aku knl dulu.
huh.
tapi seribu kali sayang,
sangkukan kemati.
kini dia bahagia dengan yang baru. 
wanita yang boleh bahagiakan dia.
tetapi bahagiakah aku melihat dia bahagia.
TUHAN je tahu.

aku cuba untuk tidak stalk fb dia tapi aku tak boleh.
aku rindukan dia.
aku rindukan kenangan kami.
tapi sayang, 
dia tetap bukan milik aku

kini aku hanya mampu melihat dari jauh
dan mendoakan agar dia bahagia selamanya.
mungkin nama aku tidak lagi terpahat dalam hati dan ingatan dia.
mungkin lepas ni sebut nama aku pon dia akan tanya
" SIAPA TU ?? "

tapi tak pe..
sekurang-kurangnya kenangan itu tetap ada
walaupun rapuh.
aku just harap pengakhiran yang baik untuk diri aku.

aku harap akan ada seseorang yang hadir untuk aku melupakan dia.
doakan aku sentiasa ye.

hope masih ada lagi yang akan menyayangi dan mencintai aku..

deep <3

<3 u guys

Tuesday, 25 March 2014

I WANT TO BE GURLISH part 2

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

hye semua... 
hari ni kelas tak de, baru boleh nak update blog.. 
oke, harini yana nak share barang make up baru yana beli masa turun KL hari tu..

hari tu turun KL sebab ikut lawatan sambil belajar 
untuk pelajar jurusan Education.. kite ni terlibat, tu turun sekali tu.. heheeh

oke.. banyak cite plak..
jum cekedout barang yang yana baru beli kat elianto, IKEA di damansara...

1.spray muka.. ia digunakan sebelumletak make up kat muka, n selepas basuh muka.. untuk kesegaran muka.. (yana baru try) kalau cara yana salah tlg bgtahu ye.. 
yang ni yana beli rm29.00 brand ELIANTO


2.wet tissue. wet tisu aleo vera ni yana beli sebab dye lebih senang utk buang make up kt muka.. rasa segar lepas buang, utk eye liner yg boleh menghitamkan sekeliling mata pon bole hilang. yana beli ni dengan harga RM19.00


3. THIS Is bekas make up yana utk letak eye shadow n shading.. ehehehe.. harga untuk bekas ni RM12 n for each shadow tu rm10...



4. this stick eye liner yana beli warna brown coz i already have black color.. warna dya sangat pekat n cantik. serius x tipu.. boleh buat line utk kening tanpa cukur jgk.. :) yana beli dengan harga RM25..


buat masa ni, yang ni la baru beli.. nanti kalau yana beli lg, yana akan post di sini.. 

<3 u guys

Monday, 17 March 2014

I WANT TO BE GURLISH

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA ...

FUHHHFUHHHHHHHHH
(tiup habuk)

lamenye tak lawat blog aku sendiri..
hari ni actually aku nak share pasal barangan make up aku..
aku tak tahu kenapa 2,3 hari ni aku selalu tengok blog orang make up..
video n yang sewaktu dengannya la.. 

ntah pape kan.. hahaahah...
so aku malas nak cakap banyak, eh salah...
aku malas nak taip banyak, aku nak share ngan korang stuff aku...
jom cekedaut..

1. MISS ROSE lipstick.. aku baru beli semalam oke.. mampu sangat kan.. haahaha...
aku beli warna pink.. tapi not really pink la.. orang cakap brand miss rose ni oke.. so
saje try.. korang pon bole try.. aku bebli rm8 je..

2. Blusher.. blusher ni da lama aku pakai... aku selalu guna untuk nampakkan pipi aku sedikit kemerahan ketika aku ke kelas... konon lawa la kan.. tapi jangan terlebih pakai uols.. badut nanti muka tu.. 

 3. GARNIER moisturizing (sakura white).. aku baru je guna moisturer ni.. dulu aku tak reti sangat tapi disebabkan kulit aku jadi mengelupas so aku try la.. so on oke je.. tapi jangan guna lebih2, ia akan memanaskan muka anda.. anggaran ni dalam rm30/40++


 4. BB CREME... oke... bb cream ni dah lama aku guna.. tapi untuk aku punya ni aku pilih warna gelap sikit sebab kulit aku tak secerah kulit korang.. eheheh.. so, aku taknak bila kau pakai, nanti nampak tompok muka, so aku beli warna gelap cikit untuk samakan dengan kulit aku..
harga lupa.. :P

5. Brusher: oke.. ni set brush aku.. eheheheh... aku kan beginner baru, so xde kemampuan nak beli yang mahal punya brand.. so aku beli yang ni je dulu.. murah juga.. kau lupa kau beli rm berapa.. sebab aku beli masa aku kat KMKN lagi.. tapi tak guna pon.. masuk u baru gatai nak melawa bagai.. mampu sangat..



6. MAYBELINE MINERAL compact powder.. oke.. kenapa aku guna yang mineral punya.. sebab aku punya kulit sangatttttttttttttttttttttttttt berminyak.  thats y la aku guna bedak compact mineral ni.. even mahal tapi untuk kelihatan cantik, aku sanggup beli.. dia bole tahan lama.. aku dah guna hampir setahun dan ia sangat sesuai dengan kulit aku.. anggaran rm.46++



7. MAC eyeliner.. oke.. aku suka sangat guna eyeliner mac ni... btw dia pencil oke.. aku suka sebab dia pekat, likat, mantop.. hahaahah.. senang di bawa ke mana saja dan boleh di apply dalam solat, insha ALLAH.. brand ni aku dah guna hampir 2 tahun.. semua oke2 jak..


terima kasihlah kepada semua yang sudi tengok post pasal barang make up aku ni... aku nak complete beli brg dulu.. sebab banyak lagi tak beli ni... nanti bila da complete barang aku akan buat tutorial make up oke..
tq sebab membaca...


*bridesmaid untuk wedding kawan.. c u on next chapter of me.. :)



<3 u guys..


Sunday, 1 December 2013

terlerai jua akhirnya..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

hampir seminggu untuk aku terima kenyataan yang aku sudah kehilangan dia..
orang yang aku sayang..
aku takkan pernah lupakan tanggal 25/11/2013 apabila ditinggalkn oleh
dia.

dia pernah membuatkan aku mencoret sebuah kisah cinta..
dan sekarang dia juga yang membuatkan aku mencoret kisah perpisahan..
hubungan yang hampir setahun 4 bulan, hambar dan akhirnya tinggal kenangan.

alasan yang diberikan oleh dia adalah:
1. dia tak nak aku kecewa dengan dia.
2. dia tak nak aku sedih bila dengan dia..

untuk pengetahuan dia, aku memang tengah sedih sekarang. 
namun aku tak salahkan dia. mungkin itu takdir aku.
ALLAH nak jaga aku untuk lelaki yang betul-betul ikhlas menerima aku.

walaupun aku kecewa tapi aku bersyukur pernah mngenali dia walaupun sekejap.
apa yang aku mampu lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk dia.
aku harap dia dapat ap yang dia kejarkan..
aku juga harap dia doakan kesejahteraan dan doakan aku dunia dan akhirat..

kepada MUHAMMAD YUSUF BIN MEOR AZIZUL RAHMAN,
saya doakan yang terbaik untuk awak dan saya harap awak bertemu jodoh yang mamu awak bimbing hingga ke jannah ALLAH..

<3 u guys

Sunday, 17 November 2013

hujungnya itu bahagia, INSHA ALLAH..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..



rasanya dah lama tak mencoret cerita kat blog ni.. berabuk sudah.. 
heheheeheh..

post aku sebelum ni sedih je sebab bercerita tentang putus di tengah jalan.
tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH mendengar rintihan aku..
DIA masih mahu aku terus bersama orang yang aku sayang.


aku tersentuh dengan kata2 sang CINTA,
" sayang, walaupun kita slalu gaduh, tapi jangan pernah ungkap kata putus k.. aku sayang kau la ngok "

YES !! YES !! 
I DO LOVE YOU TOO...

mungkin aku tak boleh nak jadi wanita terbaik yang kau ada..
tapi aku akan cuba untuk menjadi wanita lain yang kau pernah jumpa..
aku nak kau bahagia bersama aku..
aku nak kau gembira bersama aku..

sayang,
kau tahu tak sekarang hubungan kita dah 1 tahun 4 bulan.
bukan mudah untuk aku, kau dan kita pertahankan hubungan ini..
tapi sayang, kita berjaya.

aku ingat lagi, setiap kali sebelum solat,
kau akan ingatkan aku untuk mendoakan hubungan kita.
ya sayang,
aku sentiasa mendoakan hubungan kita ada penghujungnya.
penghujungnya kebahagiaan yang aku ingin kecapi..
kebahagiaan untuk menjadi sebahagiaan dari kehidupanmu.
menjadi sebahagiaan dari masalahmu.
menjadi sebahagiaan dari kegembiraanmu.
aku ingin sentiasa berada di situ..
di dalam hatimu.

kau banyak mengajar aku erti kesetiaan.
walaupun sukar, akhirnya aku berjaya.
terima kasih sayang,
kerana sanggup tahan dengan perangai aku.
bak kata kau..
aku gedik, 
aku nakal,
aku manja,
tapi itulah aku..
sayang kau...

kau mungkin bukan seorang yang suka menyatakan perasaan pada aku..
tapi aku tahu, 
dalam hati kau tertulis nama aku.
begitu juga aku, dan aku harap ia kekal di situ..

moga ALLAH perkenankan doa kita untuk sentiasa bersama hingga ke JANNAH, 
in sha ALLAH...

aku sayang kau MUHAMMAD YUSUF 


bye..
<3 u guys