surat-suratku!!!

Aku rindu Sayang KAMU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 1 December 2013

terlerai jua akhirnya..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

hampir seminggu untuk aku terima kenyataan yang aku sudah kehilangan dia..
orang yang aku sayang..
aku takkan pernah lupakan tanggal 25/11/2013 apabila ditinggalkn oleh
dia.

dia pernah membuatkan aku mencoret sebuah kisah cinta..
dan sekarang dia juga yang membuatkan aku mencoret kisah perpisahan..
hubungan yang hampir setahun 4 bulan, hambar dan akhirnya tinggal kenangan.

alasan yang diberikan oleh dia adalah:
1. dia tak nak aku kecewa dengan dia.
2. dia tak nak aku sedih bila dengan dia..

untuk pengetahuan dia, aku memang tengah sedih sekarang. 
namun aku tak salahkan dia. mungkin itu takdir aku.
ALLAH nak jaga aku untuk lelaki yang betul-betul ikhlas menerima aku.

walaupun aku kecewa tapi aku bersyukur pernah mngenali dia walaupun sekejap.
apa yang aku mampu lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk dia.
aku harap dia dapat ap yang dia kejarkan..
aku juga harap dia doakan kesejahteraan dan doakan aku dunia dan akhirat..

kepada MUHAMMAD YUSUF BIN MEOR AZIZUL RAHMAN,
saya doakan yang terbaik untuk awak dan saya harap awak bertemu jodoh yang mamu awak bimbing hingga ke jannah ALLAH..

<3 u guys

Sunday, 17 November 2013

hujungnya itu bahagia, INSHA ALLAH..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..



rasanya dah lama tak mencoret cerita kat blog ni.. berabuk sudah.. 
heheheeheh..

post aku sebelum ni sedih je sebab bercerita tentang putus di tengah jalan.
tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH mendengar rintihan aku..
DIA masih mahu aku terus bersama orang yang aku sayang.


aku tersentuh dengan kata2 sang CINTA,
" sayang, walaupun kita slalu gaduh, tapi jangan pernah ungkap kata putus k.. aku sayang kau la ngok "

YES !! YES !! 
I DO LOVE YOU TOO...

mungkin aku tak boleh nak jadi wanita terbaik yang kau ada..
tapi aku akan cuba untuk menjadi wanita lain yang kau pernah jumpa..
aku nak kau bahagia bersama aku..
aku nak kau gembira bersama aku..

sayang,
kau tahu tak sekarang hubungan kita dah 1 tahun 4 bulan.
bukan mudah untuk aku, kau dan kita pertahankan hubungan ini..
tapi sayang, kita berjaya.

aku ingat lagi, setiap kali sebelum solat,
kau akan ingatkan aku untuk mendoakan hubungan kita.
ya sayang,
aku sentiasa mendoakan hubungan kita ada penghujungnya.
penghujungnya kebahagiaan yang aku ingin kecapi..
kebahagiaan untuk menjadi sebahagiaan dari kehidupanmu.
menjadi sebahagiaan dari masalahmu.
menjadi sebahagiaan dari kegembiraanmu.
aku ingin sentiasa berada di situ..
di dalam hatimu.

kau banyak mengajar aku erti kesetiaan.
walaupun sukar, akhirnya aku berjaya.
terima kasih sayang,
kerana sanggup tahan dengan perangai aku.
bak kata kau..
aku gedik, 
aku nakal,
aku manja,
tapi itulah aku..
sayang kau...

kau mungkin bukan seorang yang suka menyatakan perasaan pada aku..
tapi aku tahu, 
dalam hati kau tertulis nama aku.
begitu juga aku, dan aku harap ia kekal di situ..

moga ALLAH perkenankan doa kita untuk sentiasa bersama hingga ke JANNAH, 
in sha ALLAH...

aku sayang kau MUHAMMAD YUSUF 


bye..
<3 u guys

Monday, 24 June 2013

TERPISAH JUA AKHIRNYA

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

entry kali ni aku nak bercerita 
tentang AKU dan SI DIA..

hubungan cinta yang kami layarkan terputus di tengah jalan.
karam ketika ia mula diruntuhi dengan ketidakpercayaan.

betul cakap orang, bersama selama mana pon kalau tidak dapat memberikan sepenuh kepercayaan, hubungan yang terjalin itu hanya sia-sia..
itulah yang terjadi dalam hubungan kami..
hanya sia-sia..
tapi dia adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hidup aku..

AKU TAKKAN MENOLAK ANDAI DIA JODOHKU..

namun begitu, buat masa sekarang, biarlah masa berlalu tanpa sebarang memori bersama dia.
aku berikan dia masa untuk memikirkan yang terbaik..
aku juga tidak terlalu berharap..

macam mak cakap 
" KALAU ADA JODOH, ADALAH.. KALAU TAKDA, ORANG LAIN LAH YANG TERTULIS UNTUK AWAK "

ALLAH ada dan aku tahu DIA akan berikan yang terbaik untuk aku.. 
sampai sini dulu...


<3 u guys ~~

Thursday, 6 June 2013

ANDAI ITU TAKDIRNYA

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA !!

hurm. da berkepuk bog aku ni kan.. hahaha
walaupun follower aku cuma 10 orang, its oke..
no biggie..

sebenarnya blog ni sebagai tempat aku luah perasaan je..
kadang2 
kawan2 kita tak faham apa yang kita rasa..
so
bila luah kat blog, kita hanya akan meluahkan apa yang terbuku
kat hati ni dalam coretan ringkas sahaja...
walaupun tak memberikan pandangan, namun ia mampu 
mengurangkan rasa kat dalam jiwa ni...
perghhhhh !! madah plak aku..

entry aku hari ini pasal ANDAI ITU TAKDIRNYA...

kita sebagai orang ISLAM kena percaya dengan QADA' dan QADAR ALLAH.
DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan..

terkadang, kita tak mampu untuk menjaga hati semua orang..
semua orang yang kita sayang dan sayangkan kita..

terkadang, kita terlalu baik sehingga kan kita tak mampu untuk membenci 
walaupun sering dibenci dan di caci...

terkadang, dengki dan dendam 
menyebabkan berlakunya salah faham..

terkadang kerana mulut orang lain, 
hubungan yang lainnya bermasalah...

aku juga manusia biasa.. sama seperti mereka..
terkadang tidak mampu untuk menjaga hati semua orang,
terkadang terlalu baik sehingga tidak mampu untuk membenci,
terkadang dengki dan dendam,
namun, masih ada sekelumit daging yang dipanggil HATI yang kepingin untuk berubah..
berubah menjadi yang lain..
berubah menjadi sesuatu yang mampu membahagiakan dan menyenangkan..

namun, andai diri ini tidak mampu menyempurnakan, ITU TAKDIRNYA...

semoga hubungan dengan ALLAH yang aku jaga, 
mampu juga aku menjaga hubungan sesama manusia dengan nama NYA..
INSHAA ALLAH..

<3 u guys

Tuesday, 9 April 2013

KEKUATAN SEORANG INSAN BERGELAR IBU DAN AYAH

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA !!

hye guys..
rase lame dah sangat tak buat entry baru kan..

hewhewhew... *bongok je gelak cenggitu..

btw,
sebenarnye aku nak cite pasal semalam aku 
kua karok ngn panjang, twin aku n bf dye...

best giler kot..
tapi bukan pasal aku karok ynag aku nak cite kan..
tapi pasal time aku nak balik tu..
aku naik teksi pas abes karok..
dalam senja time tu..
anggaran masa dalam jam 6.45 petang macam tu.

time aku tunggu teksi untuk balik, 
datang la satu teksi ni berenti depan aku..
kat seat sebelah penumpang bahagian depan,
aku nampak ada sorang budak tengah pegang buku..

aku pon bukak la pintu teksi tu,
aku terkejut kerana pemandunya seorang ibu..
aku pon tanya, " aunty, setapak indah boleh ? "
aunty tu pon jawab, " boleh, naik lah "
bermulalah episod menggamit memory dalam hidup aku..
rupe2nye budak yang kat sebelah tu anak makcik tu tadi..
(lupe nak bagi tau, aunty tu india)

aku sunguh terharu dengan makcik tu..
dalam bekerja dia mampu untuk membawa anaknya dan juga mampu untuk mengajar anak nya..
aku teringat dalam teksi tu, anak dia tanya dalam bahasa dia,
tapi yang aku paham anak dia tak tahu nak sebut perkataan 
" ACROSS "
anak dia eja kat makcik tu tapi sayangnya makcik tu pon tak tahu nak sebut..
aku dengan rasa terharu dan bangga dengan sikap keluarga tu,
aku pon sebut la kat budak tu..
then mak dia sebut lagi sekali buat dia paham..
CEKALNYA HATIMU WAHAI SANG IBU..
DEMI MEMBESAR KAN ANAK2 MU..

tiba2 aku teringat pengorbanan ayah aku dulu..
aku bukanlah dari keluarga berada..
keluarga aku yang sedang2 saja..
(dangdut plak) hehehe..

bapak aku bawak teksi juga..dengan hasil titik peluh dia bawak teksi tu la
aku dapat sambung belajar hingga ke universiti..
dulu aku malu punya ayah yang kerja seperti ini, 
tapi bila kakak aku sedarkan aku, tentang taraf aku,
aku bersyukur kerana dengan hasil kerja bawak teksi ni la
aku berjaya..
aku sungguh terharu dan rasa sangat bertuah..
walaupun ayah aku kerja biasa tapi ayah aku mampu memberikan kebahagiaan
dari segi kasih sayang dan juga wang ringgit..
dengan hanya bekerja bawak teksi sajalah aku sedar aku harus untuk 
bergerak sendiri.. berdikari..
bersusah untuk kebahagiaan keluarga tercinta...
kini aku bangga punya ayah PEMANDU TEKSI..
dan aku berjanji aku akan membawa ayah aku dan keluarga aku keluar dari 
tapuk kehidupan sekarang, inshaa ALLAH..

sampai sini je dulu celoteh aku..

<3 u guys ~

Monday, 11 March 2013

dulu lain sekarang lain

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

da lama rasanya aku tak robek2 blog aku kan..
tapi arini, di dewan cenderawasih ini
disebelah juniorku yg senget si IJAT ny
aku nak luahkan sesuatu..

AKU KECEWA !!!
AKU SEDIH !!!

" saya janji, awaklah kawan perempuan saya yang saya rapat sampai saya grad "
kata2 si dia sebelum dia bertemu seseorang yang buat dia berubah dan tak seperti dulu...
Dia, dulu dia lah pendamping aku di U ni..
kemana saja kami berada, tetap bersama...
waktu senang susah, kami tetap bersama..

namun sekarang semua berubah..
Dia tak lagi seperti dulu...
dua hari aku meratapi dia..hahahaahah

BODOH !!
aku menangis sebab Dia...

BODOH !!
aku percaya cakap2 dia..

namun kenangan memori aku, dia n ijat tak dapat aku lupakan..
benda tu terlalu manis untuk aku buang,
namun terlalu pahit untuk aku telan...

cincin persahabatan kami tetap teguh di jemari aku,
walaupun aku tahu mungkin kini, ia tidak bernilai bagi si Dia..
tapi bagi aku, itu sajalah kenangan antara aku, dia, n ijat..

bagi aku dia tetap sahabat ku hingga akhirnya 
walaupun bagi Dia, aku dan ijat hanya persimpangan...

memori itu tetap kekal dalam ingatan sehingga akhirnya..
kau tetap dalam ingatanku sahabat !!

tu je la buat masa ni..nak smbung nanges kat bahu IJAT...

<3 u guys

Tuesday, 29 January 2013

2 MINGGU BERLALU

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA !!

arini,
 ketika ini,
 masa ini,
 pada jam 8.12 minit malam pada 1/29/2013,
ada lagi beberapa jam sahaja aku untuk bersama semua yang tersayang di KL untuk kesekian kalinya..

' orang cuti sebulan, ko cuti 2 minggu ',
ungkapan rakan2 dan sahabat handai aku yang sedey xdapat hangout together like before...
amanah itu lagi besar tugasnya..
nasib baik mereka faham tugas baru aku sekarang
dan mereka tidak salahkan aku
aku harap jugak dapat lepark ngan korang WEI !!

esok, jam 10.45 malam,
aku akan berangkat ke U.S untuk sambung amanah yang keluarga aku berikan..
btw U.S is Utan Sintok.. 
*heheheeheh

aku ada kem selama 2minggu disana dari 2-14 haribulan 2..
its oke.. thats call challenge dan aku sebagai seorang mahasiswa perlu menyahut sebarang tugas yang diberikan...

satu pinta aku buat korang yang membaca entry ni supaya doakan kejayaan aku dengan tugas  yang baru diberikan dan supaya aku tidak lalai dan leka dengan dunia.

TOLONG !!
DOAKAN KEJAYAAN AKU...
INSYAA ALLAH, kita sama2 dan saling mendoakan k.. 


nama : NURLIYANA
matrik : 212***
kos : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (dengan Kepujian)
jawatan : EXCO KEBUDAYAAN DPP EON
manifesto : " AKAN CUBA SEMAMPU BOLEH UNTUK MENAIKKAN NAMA EON "


DOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA !!

<3 u guys


Tuesday, 22 January 2013

mengarut di pagi hari !!

assalamualaikum dan salam sejahtera !!

sekarang tepat jam 1.52 pagi waktu tempatan pada 23/1/2013..
cantek tarikh hari ni...

kalau nak ikot kan bulan 1 ny, da ckop la 6 bulan aku dengan yusuf 
bersama..
NGEE ~~ WINK WINK ~~

dua hari lepas aku LEPARK-ing dengan dia kat JJ WANGSA MAJU..hehehe
cian dia walaupun demam+selsema, sanggup lagi datang n jumpe aku..

kesian !! kesian !! kesian !!
aku doakan ko cepat sembuh k sayang..

sebenarnye aku tak boleh tido so aku tak tahu nak buat ape, 
 then terpikir nak update blog... hehehehe...
SUMPAHHHHH BOOHHHHHHHSSSSSAAAAAAAANNNNNNNN !!!

hurm..kalau kat U, sekarang adalah masa untuk membuat assignment atau layan muvie bersama rumet tersayang.. ngee ~~ 
*kantoi plak

hurm.. baru lepas borak ngan sayang yusuf tadi..
dia cakap aku GARANG !! haahah.. garangKAH  aku??
dia cakap camna nak jadi cikgu ni kalau masuk sekolah nanti...
semua pelajar takut..hahaah...
betul jugak cakap dia.. aku ni baran sangat..
acerrrrr... cenggane tu???

susah la nak kawal marah... heheh...
(takbolehbuatbiniakuni)

then, aku titba teringat dia cita ngan aku ade yang tak percaya kami masih bersama..
wahai kawan2, PERCAYALAH !! eheheheh 
doakan lah yang tebaek untuk kami ye !!
insyaALLAH ade jodoh, kami akan tetap bersama tapi 
andai tertulis aku dan dia hanya sementara, 
doakanlah kami masih mampu untuk bersahabat...
tapi sekarang aku nak korang tahu,
AKU SAYANG 
MUHAMMAD YUSUF BIN MEOR AZIZUL RAHMAN
sangat2... 
doakan lah yang terbaik untuk perhubungan kami...
insya ALLAH..

tetiba ngantuk... tiba masa untuk aku tido..
kepada semua, tido la ye..jangan le jadi burung hantu cam aku ny... :)

<3 u guys

Monday, 21 January 2013

TUGAS SEBENAR IBU BAPA dan PENJAGA

assalamualaikum dan salam sejahtera !!

Straight to the point... 
aku sebenarnya tak tahu nak cakap ape 
dah dengan keadaan sekarang 
tentang ibu bapa yang mementing kan wang tanpa peduli tentang anak2...

cari duit !! cari lagi..
DUIT !!
DUIT !!
DUIT !!
aku nak tanya, bila anak kau mati nanti, DUIT tu lagi penting ke ??

ya ALLAH, kenapalah manusia sekarang lebih 
pentingkan duit dari anak2 sendiri..
tak tahu kah kalian bahawa anak itu anugerah yang ALLAH berikan..

tau tak berapa ramai pasangan kat luar sana 
perlukan anak tapi korang yang diberikan rezeki anak tu, lebih mencari
kebahagiaan dunia semata...

sanggup menggadaikan kesihatan anak demi mengejar kekayaan...
manusia jenis apakah ibu bapa seperti ini...
di mana janji kamu dengan ALLAH ketika kamu melahirkan anak2 kamu itu wahai ibu dan bapa...
kamu dah janji untuk menjaga anakmu itu wahai manusia...

ingatlah.. kasih sayang yang anakmu perlukan dari kalian bukan seperti apa yang mereka perlukan ketika mereka bersama orang yang menjaga mereka.....

kasih sayang seorang ibu dan juga bapa berlainan dari pengasuh mereka..
maka ambil beratlah tentang kesihatan anak mu,
tentang kebajikan mereka,
tentang perasaan mereka,
dan juga tentang perasaan mereka..
jangan sampai satu tahap mereka tidak mengikut acuan yang sebenar,
dan kamu, para ibu dan bapa menyalahkan orang lain dan juga anak itu sendiri..

SEDARILAH WAHAI MANUSIA YANG BERGELAR IBU DAN BAPA !!!